Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat islam di seluruh dunia..Doa dikirim buat saudara seagama yang turut berpuasa di bumi bergolak PALESTIN,..Oh ya selamat mengimarahkan sepuluh malam terakhir ya kawan2.Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yang sudah..

p/s=Setelah hampir 2 tahun baru aku jengah blog ni…

19 Ramadhan 1931H
29 Ogos 2010
Sipitang, Sabah
Advertisements

Kumulakan dengan lafaz basmallah.

Dari Abi Hamzah Anas bin Malik Radiyallahuanhu’anh khadam Rasullullah s.a.w sabdanya:
Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang dicintai untuk dirinya.
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Entri ini kutulis khas buat teman-teman seperjuanganku di UPSI khasnya semester 7 yang bakal menjalani latihan mengajar (praktikal) pada januari 09 nanti.Equation 7 semester=3 (1/2) tahun= standard deviation 4 tahun..hehe..istilah statistik sikit..

KZ b 308 rumah aku dari semester 1 sampai semester 7.Banyak nostalgia aku kat rumah ni.Senarai ahli yang pernah menginap disini.Amal,Ateh,Aku, Fida dan Dila ( dr pantai timur ), Adlsia dan Zah ( dari negeri di bawah bayu,sabah bah), Naimah dan Fidah ( dari bumi kenyalang, kamek org sgrawak ), Syifa ( orang paling dekat, taiping mai ) dan Zaidah rumateku paling latest ( Aloq staq ). Sepanjang berkawan dengan kalian banyak rasenye “input” yang aku dapat, perangai, mestilah da masak. Naimah nanti bile ade ruang dan peluang kurangkan garam dalam masakan tau, aku risau nanti cepat kene darah tinggi plak future soulmate ko.(haha joking, jgn amk hati). Bile lagi kite boleh ber”gossip” ye naimah? Adl gadis lembut dari sabah ini, memamg pada mulanya kami macam itik bercakap dengan ayam.Kedudukan geografi sabah yang dekat dengan Kepulaun Borneo kot maka ada la “slang” Indon bercampur Sabah..hehe..Aduh memang la tak faham..Tapi selepas beberapa ketika we can get along..Kesian Adl kami duk gelak kat meja makan dek kerna lawak-lawak yg tak brape “ilmiah”kami die senyum je.Tak menyampuk..hehe.Tp lepas tu Adl boleh dan fasih berbahasa kami tapi kami je yang tak reti nak cakap Sabah. jadi cakap indon je la yang reti. Ok la tu kurang-kurang vocabku bertambah gak.Fidah rajin bawa kek lapis sarawak setiap kali pulang bercuti.Tenkiu Fidah merasa juga aku kek lapis Sarawak yang cantik,bercorak dan colourful (sayang nk makan ade gak) walaupun tak pergi ke sana..Amal sori kite tak sempat ketemu buat kali terakhir (terkilan). Zah, Zaidah dan Syifa akak mintak maaf banyak2 sepanjang perkenalan kita. Ade yang terguris tersinggung maafkan daku.

Rakan-rakan ku di taman universiti, Faizah dan housemate, terima kasih layanan korang semua.Aku selalu tumpang solat,makan, lepak kadang-kadang tidur( time asgmen tak siap haha) kat rumah hangpa.Tak lupe juga Suriani dan housemate, slalu jg tumpang solat umah korang.Terima kasih semoga Allah mudahkan jalan kalian.

Tasya aku mintak maaf juga sebab tak sempat nak bayar hutang ko.Aku nak pergi umah ko 19hb tp aku br ingt yang ko ade paper killer aritu..number theory adik beradik ngn abstact algebra la ni.Jadi aku malas nk gangu. Semalam aku nak pergi ko dah balik. Terima kasih ye sebab meng”halal”kannya. Sungguh aku terharu.Semoga Allah lagi pemurah kepada ko lebih dari pemurah ko terhadap aku sesuai dengan zatnya yang Maha Pemurah.

Ain nanti jumpe mase praktikal.insyaAllah.Seri terima kasih sebab selalu hantar aku balik ke “Scotland” yang jauh ini..Kawan minor fizik Dilah terima kasih sebab tak lokek ilmu, Dani penghibur ketika lara, dan tak lupa juga Nilam..Zaki juga sori sebab slalu menyusahkan ko..hehe..Aiman tak kesah aku harap ko pon tak kesah.

Kepada sesiapa yang tak tersenarai maaf sebab ramai sangat.Buat kalian doaku semoga pemurah, penyanyang dan kebaikan kalian dibalas juga olehnya yang Maha Pemurah, Maha Penyanyang dan Maha Pemberi rezeki. Allah permudahkan jalan kalian.Ameen.

Ampun maaf kupinta andai ada yang terluka,tersinggung sedar ataupun tidak.Aku juga insan biasa yang tak terkira “tempang”nya. Bertemu dan berpisah lumrah hidup (perit sebenarnya).TERIMA KASIH TEMAN.

Untukmu Teman
Album :
Munsyid : Brothers
http://liriknasyid.com

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria


Reff:
Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ingatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu


Kenangan bersamamu

Takkanku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Mungkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janji-Nya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasih-Nya


Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah gelita hadirlah cahaya
Diselamanya

antara muka2 yg pnah menetap di b 308

antara muka2 yg pnah menetap di b 308

salam sayang dariku (entri ni special skit sbb dedikasi syg kt kalian..he2)

hayiwada
last day @ 308/1
kolej za’ba

Di sebuah kampung ada 3 orang remaja yang suka lepak, Ali,Budin dan Abu.Itulah nama yang diberi oleh mak ayah mereka. Diorang ni adalah “best friends” sejak tadika.Tapi yang tak bestnye aktiviti harian depa ni yang tok imam kampung tu tak senang duduk diam.

Pada suatu hari, tok imam ni datang dengan tujuan nak “tarbiyah” mereka ni.Maka berlakulah insident yang cabar mencabar..jeng2=).

Tok imam tu cabar mereka pergi ke surau pada waktu magrib nanti. Si Budin tu berkata ” tok ingat eden sumo ni jahil sangat ke? Tak pa nanti maghrib eden sumo buktikan yang eden sumo bukan lah jahil macam yang tok dok sangka tu”

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah maereka 3 orang tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus saja Ali azan, “Allah Ta’ala… Allah Ta’ala…” dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk juga lagi.Aduss susah betul. Masuk saja kali ketiga, Budin panggil tok imam. “Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam.” Tok imam pun undurlah ke belakang.

Budin pun angkat lah takbiratul ihram. “Allahu akbar!” Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram dan memulakan solat. tiba-tiba saja si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, “Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!” lalu batallah solat Budin. yang lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terguling-guling.

Tok imam pun minta pulak si Abu jadi imam. Si Abu pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampailah habis sembahyang. Siap dengan wirid2nya sekali.

Punyalah respect tok imam kat si Abu ni.. Lepas solat, tok imam pun puji-memuji la si Abu ni. Tapi dengan bongkaknye si Abu berkata, “He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat eden sembahyang. He heee…”


Tok imam pun terkedu & terpana.hehe.

p/s: petikan di atas diambil dari sebuah web islamik dan diubah sedikit.Harap nama2 yang terlibat tidak ada kaitan yang hidup ataupun yang telah tiada..=)


Baru-baru dunia masing2 sibuk bercerita tentang pilihanraya US.Keputusannya sudahpun dijangka..THE WINNER WAS BARACK OBAMA.Banyak feedback yang aku dapat dari rakan-rakan.Bukan sahaja hasratku, dan rakan-rakan malah mungkin hasrat dunia supaya pemilihannya sebagai president akan dapat mengubah corak dan rentak US terhadap negara2 islam memandangkan dia ade la sikit sulur galur islam.Tapi setelah menggeledah web Persatuan Pengguna Islam td gerun la plak nk fikir.Yahudi memang ada agenda tersendiri..Nak tau lebih lanjut sila la bace link ini.
siapa obama?

tg malim,Perak

Syukur kehadrat Ilahi kerana im finally manage to create this blog..bermula dari blog friendster ke wordpress.mungkin agak terlambat tapi tidak mengapa.prinsipku mudah “its better late than never”.alasanku cuma satu iaitu ingin menjadi blogger yang lebih matang dalam melontarkan idea (hehe matang la sangat, harap-harap lepas ni la)..semoga sesuatu yang baik dari penaku ini menjadi amal jariah buat semua dan yang tak baik tu buang dalam tong sampah la.hehe..Ok sebelum aku mengakhiri tulisanku yang pertama ini izinkan ku berpantun(hehe yang lame tapi diubah sikit)..

Buah ciku di dalam pagar,

Ambil galah tolong jolokkan,

Alahai si cantik manis ni baru je nak belajar,

Kalo salah tolong tunjukkan..

p/s:ade ke yang tak kenal pokok ciku..hehe..rendah saje tak guna galahpon takpe..sebab budak tadikapon boleh amik guna tangan je..